March 28, 2024

Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan”. Itulah tema Program Jom Ke Sekolah tahun 2019. Majlis Pelancaran Program ini bagi Peringkat Daerah Kota Kinabalu telah diadakan di SMK Inanam. Seawal jam 7.00 pagi, Tuan Umin Hj. Sadi, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Pegawai-pegawai Polis Daerah Kota Kinabalu dan Ketua-ketua Unit PPD telah menyertai Guru-guru SMK Inanam, menyambut ketibaan pelajar di pintu utama sekolah.

Majlis diteruskan di dewan sekolah dengan penyampaian amat Ketua Polis Negara oleh Tuan ACP Habibi Bin Hj. Majinji, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu. Antara harapan Ketua Polis Negara ialah, mewujudkan suasana yang selamat di sekolah disamping membendung jenayah-jenayah berat yang melibatkan pesalah Juvana seperti dadah, seks, membunuh, gangsterisme dan militan.

Tuan Umin Hj Sadi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Program Jom Ke Sekolah Peringkat Daerah Kota Kinabalu bagi tahun 2019. Antara intipati ucapan adalah hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menekankan 3 nilai iaitu cinta (love), kegembiraan (happiness), dan saling menghormati (mutual respect) dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat. KPM juga berharap, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah akan hadir ke sekolah dengan kerap untuk menyampaikan ceramah dan membimbing pelajar untuk menjadi masyarakat yang sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian.

Penutup kepada majlis ini adalah perasmian papan kenyataan Polis Perhubungan Sekolah (PPS), yang telah disempurnakan oleh Tuan ACP Habibi Bin Hj. Majinji, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Umin Hj. Sadi, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, kerana sudi memilih SMK Inanam sebagai tuan rumah Pelancaran Program Jom Ke Sekolah pada tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *