April 19, 2024

Pada 13 Ogos 2021, di hari Jumaat, penghulu segala hari, warga SMK Inanam dikejutkan dengan kembalinya ke Rahmatullah, Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Hjh. Jamilah Binti Jaafar kira-kira pada jam 2.30 petang. Jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Meruntum, Putatan, pada 14 Ogos 2021.

Bacaan Yaasin dan tahlil telah diadakan selama 3 hari dan telah disertai oleh warga sekolah dan jugak bekas pelajar SMK Inanam.

Seluruh warga SMK Inanam mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *