Author: admin

Mesyuarat persiapan gotong-royong USS Ashland dan DBKK di SMK Inanam pada 25 Februari 2019. Wakil SMK Inanam dalam mesyuarat ini ialah Pn. Sapiah Sadat

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMK Inanam kali ke 12 telah berlangsung dengan jayanya. Acara bermula seawal jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Rumah Merah telah muncul johan keseluruhan pada tahun ini dengan pungutan 541 mata.

Program Bacaan Yasin & Solat Mingguan

Program ini diadakan secara bergilir setiap minggu mengikut tingkatan. Minggu ini dimulakan dengan tingkatan 2 dan tingkatan 3. Pada hujung bulan semua pelajar akan berkumpul di dewan untuk menyertai program ini beramai-ramai. Antara pengisian program ini ialah Solat Sunat Dhuha, Solat Sunat Hajat, Bacaan Yasin dan Tazkirah. Program ini dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar terpilih secara bergilir-gilir. Sumbangan dalam bentuk air mineral atau wang tunai daripada ibu bapa dan guru-guru diharapkan dapat menyuburkan lagi program kerohanian ini.