April 19, 2024

Sejarah

SMK Inanam telah dibuka dengan rasminya kepada pelajar-pelajar di sekitar Kota Kinabalu pada 1 Januari 1988. Pada bulan Disember 1992, SMK Inanam telah berpindah ke bangunan sekarang kerana bangunan asalnya telah dijadikan SMKA Inanam.

Bangunan baru ini terdiri daripada 2 blok bilik darjah, sebuah surau dan sebuah mini dewan serta kantin sekolah. Pada tahun 1999, sebuah blok lagi telah dibina bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.

Pada tahun 2008, SMK Inanam menongkah ke hadapan sekali lagi, dengan pembinaan sebuah dewan tertutup, sebuah blok pentadbiran dan 2 buah blok akademik. Blok ini mula diduduki pada tahun 2012.

Panorama SMK Inanam sebelum tahun 2007.

Pembinaan bangunan baharu tahun 2007 – 2011

SMK Inanam 2012 – hingga kini