Tarikh Peperiksaan Semester 1
Tingkatan 1, 2 & 3 : 21 - 28 Mei 2009
Tingkatan 4 & 5 : 14 - 28 Mei 2009
Tingkatan 6 Atas : 20 - 28 Mei 2009
![]() Gotong-royong anjuran PIBGPada 25 April 2009 (Sabtu) yang lalu, PIBG SEMI telah menganjurkan satu gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah. Program ini telah disertai oleh ibu bapa, guru-guru, DBKK dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu. Gotong-royong bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 11 pagi. Majlis penutupan gotong-royong telah dirasmikan oleh En. Robert Lipon iaitu Pengarah Kesihatan DBKK. Antara lokasi gotong-royong ialah perhentian bas, laluan utama sekolah, bilik darjah, persekitaran sekolah dan kawasan flat guru.
Bapa pelajar turut membantu membaiki siling kelas yang rosak.
Petanque Peringkat Negeri Sabah3 orang pelajar SEMI telah mewakili sekolah ke pertandingan petanque pada 18 dan 19 April 2009. Pertandingan telah berlangsung di SMK Taman Tun Fuad. Jurulatih dan merangkap pengurus pasukan SEMI ialah Pn. Riduanah Osman. Walaupun penyertaan kali pertama ini tidak membuahkan hasil, tetapi semangat perjuangan yang tinggi telah ditunjukkan oleh atlit sekolah ini. Paling membanggakan, permainan yang memerlukan kosentrasi yang tinggi ini telah memberikan saingan yang sengit antara atlit SEMI dengan SMK Kudat dan SMKA Limauan. Tahniah kepada pasukan petanque. Teruskan usaha dan semoga berjaya di tahun hadapan.
Tahniah, Penerima Anugerah HAK 2008Hari Anugerah Kecemerlangan(HAK) 2008 telah berlangsung dengan jayanya pada 16 April 2008(Khamis) di dewan Hamzah Al-Fansuri, SMKA Inanam. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah, Dr. Hj. Muhiddin b. Yusin dan seterusnya merasmikan majlis tersebut.
Pelbagai anugerah telah disampaikan meliputi kategori Perak, Emas, Intan dan Berlian. Acara kemuncak adalah penyampaian Anugerah Khas Pengetua yang telah diterima oleh Saudari Sabtia Matlin. Tahniah kepada semua pelajar dan bekas pelajar yang telah mendapat pelbagai anugerah.
HAK 2008 - Edisi 2009![]() |
























